Loading...

Dasar Baharu OSC MPM Kuatkuasa 1Jan 2022

Dikemaskini pada 24-12-2021 5:58 PM

Dasar baharu di dalam permohonan pemajuan di OSC adalah seperti berikut:

  1. Pengemukaan P3 (Borang B Mula Kerja Tanah / Kerja Binaan Bangunan), P4 (Pemeriksaan Interim), P5 (Pemeriksaan Akhir I dan II) dan P6 (Pendepositan CCC) hanya boleh dikemukakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online sahaja.
  2. Permohonan yang telah ditolak oleh Mesyuarat Jawatankuasa OSC tidak lagi diberi pengecualian fi bagi mengemukakan semula permohonan di dalam tempoh 30 hari. Semua permohonan yang dikemukakan semula selepas ditolak perlu mengemukakan bayaran fi penuh. Tiada rayuan bagi pengecualian fi selepas dasar ini berkuatkuasa.

Dasar ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.