Loading...

PELAKSANAAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Dikemaskini pada 06-09-2022 2:37 PM

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 05hb Oktober 2020, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membuka Sistem OSC 3.0 Plus Online kepada 45 Pihak Berkuasa Tempatan (Fasa 3).

Arahan pemakaian Sistem OSC 3.0 Plus Online ini adalah sebagaimana surat arahan yang dikeluarkan oleh JKT pada 8hb September 2020 yang bertujuan untuk menggantikan Sistem OSC 3.0 sedia ada. Pelaksanaan OSC 3.0 Plus Online ini juga selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Kali Ke 14/2020 yang telah bersidang pada 1hb Julai 2020 untuk diterima pakai di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Kelantan.