Loading...

NOTIS PEMAKLUMAN BAYARAN BIL BAGI PROSES PERMOHONAN PELAN PEMAJUAN SECARA ONLINE.

Dikemaskini pada 31-08-2022 3:50 PM

PERHATIAN

PERLAKSANAAN URUSAN PEMBAYARAN MELALUI PLATFORM PBTPAY BAGI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Untuk makluman semua, PBTPAY adalah satu sistem pembayaran secara atas talian yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT). Objektifnya adalah untuk menyeragamkan semua jenis urusan pembayaran di MAJLIS di bawah satu platform yang bersepadu tanpa menggunakan pembayaran tunai di kaunter. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program tersebut UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) Majlis Perbandaran Kajang akan menggunakan sepenuhnya penggunaan pembayaran melalui PBTPAY bagi urusan semua bayaran bermula 1 September 2022.

Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Anda boleh terus ke link seperti berikut bagi urusan pembayaran bagi fi proses pelan dan fi cagaran permohonan pelan pemajuan yang melalui sistem OSC 3.0 Plus :

https://osc3plus.kpkt.gov.my/sp/login

 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03 - 8737 7899 ext 3037
Unit Pusat Setempat (OSC)
Majlis Perbandaran Kajang