Loading...

TATACARA PEMBAYARAN MELALUI PLATFORM PBTPAY BAGI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Dikemaskini pada 31-08-2022 10:18 PM

TATACARA PEMBAYARAN MELALUI PLATFORM PBTPAY
BAGI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

 

1. PERMOHONAN YANG TELAH
LENGKAP DISEMAK OLEH PIHAK OSC :

Setelah Permohonan telah lengkap
disemak oleh pihak OSC. Bil bayaran
proses pelan dan cagaran akan dijana
oleh pihak OSC di dalam sistem
OSC3plus.

2. PSP AKAN MENDAPAT NOTIFIKASI DI
DALAM SISTEM OSC3PLUS BAGI
MENJELASKAN BAYARAN

Pihak PSP akan mendapat notifikasi
setelah pihak OSC menjana Bil (Fi
Permohonan sedia untuk
pembayaran) di dalam bahagian
DASHBOARD kemudian PSP perlu klik
No Permohonan terserbut.

3. MAKLUMAT FI & DAFTAR BAYARAN

Sila klik butang Maklumat Fi & Daftar
Bayaran di dalam permohonan yang
telah dijana bil bayaran seperti di
paparan sebelah.

4. SENARAI DAFTAR BAYARAN

PSP akan melihat detail senarai daftar
bayaran yang dijana oleh pihak OSC
seperti tajuk daftar bayaran, jumlah
bayaran, status bayaran dan kaedah
pembayaran. PSP juga boleh memilih
samada bayar secara terus atau
membuat bayaran melalui pihak
ketiga (Pemaju atau Pemilik) dengan
menggunakan bayaran melalui
PBTPay.

5. PEMBAYARAN MELALUI PBTPay

Paparan Pembayaran Melalui PBTPay
akan terpapar, PSP boleh menyemak
semula maklumat Pelanggan Bil, Nombor
Bil, Tajuk dan Jumlah Bayaran telebih
dahulu sebelum membuat bayaran .
Kemudian Klik Butang Bayaran Melalui
PBTPay.

6. SALURAN BAYARAN MENGGUNAKAN
FPX (Financial Process Exchange)

Paparan bayaran akan kelihatan
seperti disebelah. Bayaran boleh
dibuat menggunakan Online Banking
Payment (FPX), klik dan pilih bank yang
akan digunakan untuk membuat
pembayaran. Seterusnya PSP perlu
menyelesaikan proses pembayaran.

7. PEMBAYARAN OLEH PIHAK KETIGA

Sekiranya Pemaju atau Pemilik ingin
membuat bayaran, PSP perlu klik
butang bayaran pihak ketiga dan
memasukkan email pihak ketiga
tersebut bagi tujuan link pembayaran
dihantar kepada pihak ketiga.

8. BERJAYA MEMBUAT PEMBAYARAN
(SENARAI RESIT PEMBAYARAN)

Setelah proses pembayaran telah
berjaya dibuat, senarai resit
pembayaran akan wujud di dalam
sistem osc3plus seperti paparan
disebelah dengan butiran maklumat
Tarikh & Masa Bayaran, No Daftar
Bayaran, No Resit, Jumlah Bayaran dan
salinan resit juga boleh dimuatturun
oleh PSP klik pada butang fail.

(Sila rujuk carta alir seperti dibawah untuk rujuk :)