Loading...

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PBTPay BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM

Dikemaskini pada 29-12-2022 10:59 AM

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PBTPay BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa PBTPay akan ditutup buat sementara waktu bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja Penyelenggaraan aplikasi dan pangkalan data di PBTPay bagi persediaan kutipan cukai taksiran penggal 1/2023 beserta bayaran lain di PBTPay termasuk kompaun, sewaan, pelbagai, pelesenan dan OSC. Tetapan tarikh dan masa adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 Disember 2022 (Rabu) sehingga 1 Januari 2023 (Ahad)
Masa : Bermula 11 PM (28 Dis) sehingga 11.59 PM (31 Dis)

3. Sehubungan dengan itu, capaian terhadap Sistem PBTPay akan mengalami gangguan seperti tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat masalah dan pertanyaan berhubung perkara ini, Tuan/Puan boleh menghubungi pihak PBTPay melalui email pbtpay@kpkt.gov.my atau melalui talian WhatsApp Helpdesk PBTPay +60 13-397 7085.

Perhatian dan Kerjasama Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

PBTPay