Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan, Manual OSC 3.0 Plus merupakan dokumen rujukan utama bagi semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses pemajuan dan industri pembinaan. Pihak Jabatan dalam proses untuk melaksanakan penambahbaikan Manual OSC 3.0 Plus yang telah digunapakai bermula dari kelulusan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-75 pada 10 Januari 2020. Kaji selidik ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan input awalan dari semua pihak berkepentingan yang terlibat di dalam proses dan prosedur pertimbangan pelan pemajuan sehingga proses pendepositan CCC.
Pelaksanaan kaji selidik ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terutamanya di dalam penentuan prosedur dan tatacara yang jelas di dalam membolehkan semua pihak memainkan peranan, serta menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih teratur dan berkesan. Pelaksanaan kaji selidik ini akan dijalankan melalui medium Google Form di pautan http://bitly.ws/BV5h atau imbas kod qr dilampiran. Pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Ar./ Ir./ TPr./ Sr. / LAr./ Tuan/ Puan boleh imbas kod qr untuk memuat naik Manual OSC 3.0 Plus sebagai rujukan.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Ar./ Ir./ TPr./ Sr./ LAr./ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.