Loading...

NOTIFIKASI MULA KERJA (PROSES 3)

Dikemaskini pada 17-10-2024 10:39 AM

NOTIFIKASI MULA KERJA (PROSES 3)

Objektif utama Prosedur notifikasi mula kerja adalah untuk memberi maklum secara rasmi untuk direkodkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Teknikal sebelum kerja-kerja di tapak ingin dimulakan.

Notifikasi Mula kerja terbahagi kepada 2 :

  1. Notifikasi Mula Kerja Tanah (Borang B)/ Surat pemakluman di bawah perkara UUK Kerja Tanah (berbeza mengikut PBT dan Negeri)
  2. Notifikasi Mula Kerja Bangunan (Borang B) di bawah UUK 22 UKBS 1984 dan Subseksyen 70(9) Akta 133.

Notifikasi Mula Kerja hendaklah dikemukakan dalam tempoh sah kelulusan semua pelan pemajuan utama seperti berikut :

  • Pelan Kebenaran Merancang
  • Pelan Kerja Tanah
  • Pelan Jalan dan Perparitan
  • Pelan Bangunan