PENGUMUMAN
PENYERAHAN BORANG F (PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN / CCC) KEPADA OSC@PBT
Selaras dengan Manual OSC 3Plus, pihak PSP perlu memulakan Pemeriksaan Interim, Pemeriksaan Akhir I dan Pemeriksaan Akhir II dan Pendepositan CCC melalui sistem OSC 3Plus Online. Mohon PSP memaklumkan kepada agensi teknikal sekiranya maklum balas lawatan tapak tidak diperoleh dalam tempoh melebihi tujuh (7) hari bekerja.
Adalah dimaklumkan, PSP hendaklah mengemukakan salinan CCC yang telah diperakui oleh PSP kepada PBT dan Lembaga Profesional dengan mematuhi perkara berikut :
1.
Tarikh penyerahan Borang F kepada OSC@PBT hendaklah tidak melebihi tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh yang tertera pada Borang F tersebut.
2.
PSP hendaklah memastikan semua Borang G1 - G21 telah mendapat surat pengesahan/sijil kelayakan/sijil pelepasan bagi pengeluaran Borang F (CCC).
3.
Borang F yang telah diisi hendaklah mengandungi butiran yang lengkap dan ditandatangani oleh PSP.
4.
PSP/SP yang telah memperakui pengeluaran CCC perlu mengutamakan pendepositan salinannya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Profesional terlebih dahulu sebagaimana keperluan perenggan 25(3) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 sebelum menyerahkan salinan CCC kepada pemaju/pemilik.
Kerjasama semua pihak dalam mematuhi ketetapan ini amatlah dihargai bagi memastikan penyiapan dan pematuhan dapat dilakasanakan dengan lancar berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada
Sekian, terima kasih.