Loading...

PERMOHONAN PELAN LANDSKAP MELALUI SISTEM OSC 3.0 PLUS: SYARAT PENDAFTARAN DENGAN LEMBAGA PERANCANG BANDAR MALAYSIA (LPBM)

Dikemaskini pada 11-09-2026 5:01 PM

Unit Pusat Sehenti (OSC), Majlis Daerah Tanjong Malim ingin memaklumkan kepada semua perunding landskap mengenai syarat baharu untuk megemukakan permohonan pelan landskap yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027:

  1. Hanya perunding landskap yang berdaftar dengan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan pelan landskap melalui Sistem OSC 3.0 Plus.
  2. Semua pelan, laporan, dan dokumen berkaitan perlu mendapatkan pengesahan daripada perunding landskap yang berdaftar dengan LPBM sahaja.
  3. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan pemakluman rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Landskap Negara.

Sehubungan dengan itu, semua perunding landskap dinasihatkan untuk memastikan pendaftaran bersama LPBM telah dilengkapkan sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa urusan pengemukaan permohonan pelan landskap.