Loading...

PEMAKLUMAN KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Dikemaskini pada 14-10-2026 2:21 PM

PEMAKLUMAN KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Sistem OSC 3.0 Plus Online bagi mendapatkan maklum balas pengguna terhadap tahap kepuasan, keberkesanan dan prestasi sistem.

Sehubungan itu, kerjasama semua pengguna adalah dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan maklum balas kaji selidik tersebut pada atau selewat-lewatnya 30 Oktober 2026 (Jumaat).

Borang kaji selidik boleh diakses melalui pautan di bawah atau dengan mengimbas *kod QR yang disertakan.

Pautan:* https://go.gov.my/o98o51a

Segala maklum balas dan cadangan yang dikemukakan amat dihargai serta akan dijadikan input penting dalam usaha penambahbaikan Sistem OSC 3.0 Plus Online secara berterusan.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.