Loading...

Penghantaran Pelan

Dikemaskini pada 23-08-2021 11:05 AM

PEMAKLUMAN BAGI MENGEMUKAKAN SALINAN HARDCOPY PERMOHONAN KEPADA UNIT OSC SEPANJANG TEMPOH PKP

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dipohon semua Principal Submitting Person (PSP/SP) untuk mengemukakan salinan hardcopy bagi Pelan Kebenaran Merancang/ Pelan Bangunan/ Pelan Kejuruteraan/ CCC/ Borang B sepanjang dalam tempoh PKP 3.0. Tuan/Puan perlu menghantar salinan hardcopy tersebut untuk kegunaan Jabatan Induk memproses melalui Temujanji dengan Urusetia OSC, Drop Box OSC 3.0 Plus Online di ruang lobi kaunter MBSP atau pos ke alamat Urusetia OSC MBSP seperti di bawah dan untuk perhatian jabatan berkaitan;

Alamat:

Urusetia Pusat Setempat (OSC)

Majlis Bandaraya Seberang Perai,

Menara MBSP, Jalan Perda Utama,

Bandar Perda,

1400, Bukit Mertajam

PULAU PINANG

(u/p :                         )

 

No. Telefon:

04-5497669

Untuk makluman, Tuan/Puan dinasihatkan supaya menghantar permohonan lengkap secara atas talian (Sistem OSC 3.0 Plus) mengikut senarai semak yang ditetapkan sebelum menyerahkan salinan hardcopy kepada Urusetia OSC. Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Urusetia OSC di talian 04-5497669.

 

Sekian, harap maklum.

TPr. NURVANIDA ALISHA BINTI SINNAPPAN

Ketua Unit

Urusetia Pusat Setempat (OSC)

Majlis Bandaraya Seberang Perai