Dimaklumkan bahawa Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah membuat penambahbaikan Edisi Kedua ke atas semua senarai semak permohonan kebenaran merancang. Penambahbaikan ini selaras dengan pewartaan Kaedah-kaedah Kelayakan Orang yang Boleh Menyedia atau Mengemukakan Pelan serta Dokumen untuk Kebenaran Merancang (Terengganu) (Pindaan) 2020 dan Kaedah-kaedah Caj Pemajuan (Terengganu) 2020. Kedua-dua kaedah ini telahpun diwartakan pada 17 Disember 2020 serta arahan penguatkuasaan kaedah ini pada 1 Jun 2021.
Penambahbaikan senarai semak tersebut adalah melibatkan penambahan tiga (3) borang baharu selaras dengan keperluan kedua-dua kaedah di atas. Borang tersebut adalah seperti berikut :-
1) Borang PSP1 - wajib diisi oleh PSP bagi semua jenis permohonan tanpa pengecualian.
2) Borang CP1 & CP2 - perlu diisi oleh PSP bila mana permohonan tersebut terdiri daripada pemajuan perumahan melebihi 1 hektar/15 unit, semua jenis pemajuan komersial dan semua jenis pemajuan industri.
Justeru itu, pihak tuan/puan dikehendaki merujuk kepada senarai semak terbaru ini untuk digunapakai dalam semua pengemukaan permohonan KM di MBKT.
Penguatkuasaan penggunapakaian senarai semak ini adalah bermula pada 04 Julai 2021 (Ahad) dan seterusnya.
Muat turun borang-borang senarai semak terbaru ini bolah didapati di ruangan BERITA.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan senarai semak ini, pihak tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan Jabatan Perancangan Bandar, MBKT.
Sekian, terima kasih.