Unit Pusat Setempat MPKB-BRI telah membuat satu inisiatif Prosedur Operasi Standard (SOP) baru tatacara pengoperasian pengemukaan permohonan pemajuan dikaunter OSC iaitu selaras dengan Fasa Pemulihan Fasa 1 dan 2 dengan mewujudkan sistem “OSCDropBox”.
Sistem pengemukaan OSCDropBox dibuat bagi mengadaptasi pengoperasian norma kerja hibdrid sektor kerajaan bagi mengurangkan konteks secara bersemuka bagi menangani penularan pandemik COVID-19 dengan membuat penghantaran melalui salinan cetak (hardcopy) melalui kotak yang telah disediakan.
Penggunaan OSCDropBox ini hanya terpakai bagi permohonan yang telah diselesaikan dalam Sistem OSC 3.0 Plus (LENGKAP & BAYARAN TELAH DIBUAT) serta menerima notis di dalam Sistem OSC online perlu mengemukakan salinan salinan cetak kepada Urusetia.
Sila rujuk lampiran yang disedikan untuk panduan pengemukaan permohonan melalui sistem ini.