Loading...

STATUS KEHADIRAN PERUNDING KE MESYUARAT JAWATANKUASA OSC MPAG

Dikemaskini pada 03-04-2023 10:26 AM

Selaras dengan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa OSC MPAG, pemilik projek atau pemohon [Principal Submitting Person (PSP) atau Submitting Person (SP)] untuk mana-mana permohonan hanya akan dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa OSC MPAG berdasarkan keperluan dan permintaan daripada Jawatankuasa OSC sahaja.

Walaupun tidak terlibat secara langsung di mesyuarat, pemohon masih boleh mengambil tindakan SEGERA ke atas ulasan-ulasan jabatan teknikal kerana keputusan mesyuarat boleh dirujuk di Sistem OSC 3 Plus Online dalam tempoh tempoh 3 hari.

Bagi permohonan Kebenaran Merancang, Arahan Bertulis akan dimuatnaik di Sistem OSC 3 Plus Online oleh Jabatan Perancang sebelum mesyuarat membolehkan keperluan agensi dirujuk lebih awal untuk tindakan.