Loading...

Arahan Kawal Selia Pembangunan Stesen Minyak/ Portable Container System (PCS) Baharu

Dikemaskini pada 27-06-2022 4:01 PM

Rujukan Arahan:
1) Surat KPDHEPM600-4/24/1(91) bertarikh 9 November 2020
2) Surat JKMM.UKT 200-3/11 Klt. 3 (22) bertarikh 10 Disember 2020

Selaras dengan ketetapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semua permohonan yang berkaitan dengan syarikat minyak utama dan syarikat minyak mini perlulah mendapatkan kelulusan cadangan tapak pembinaan stesen minyak/PCS yang baharu tetapi tidak terhad kepada konsep CODO dan DODO daripada KPDNHEP.

Kelulusan ini perlu diperolehi SEBELUM Syarikat Minyak Utama/Minyak Mini/Pengusaha membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan kepada PBT.

Sehubungan dengan itu, sila muatnaik surat kelulusan KPDNHEP di sistem osc online 3 plus semasa permohonan dikemukakan.

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada urusetia OSC melalui email di osc@mpag.gov.my