Loading...

HEBAHAN PENERIMAAN PROSES 3 - 6 MELALUI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Dikemaskini pada 18-04-2024 3:26 PM

Untuk makluman Tuan/Puan, Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Segamat akan mula menerima permohonan berikut secara atas talian melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online bermula 1 Mei 2024. Permohonan-permohonan tersebut adalah sebagaimana berikut:

  1. Proses 3 (Notifikasi Mula Kerja Tanah / Binaan)
  2. Proses 4 (Pemantauan Tapak Bina dan Notifikasi Pemeriksaan Interim)
  3. Proses 5 (Pemeriksaan Akhir 1 dan 2)
  4. Proses 6 (Pendepositan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

Sehubungan itu, sebarang kesulitan dalam pelaksanaan perkara-perkara di atas, tuan/puan boleh menghubungi Pn. Nur Isti Qurratu’Aini atau Pn. Nurul Huda di talian 07-906 3333.

Sekian, Terima kasih.