Loading...

Mesyuarat Jawatankuasa OSC

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

TAJUK MESYUARAT

:

MESYUARAT JAWATAN KUASA PUSAT SEHENTI BIL 11/2022(2)

TARIKH

:

30 NOVEMBER 2022 (RABU)

MASA

:

2:30 PM

TEMPAT

:

BILIK MESYUARAT TOPEZ, ARAS 2, MBIP MEDINI

PENGERUSI

:

YB DATO' HAJI MOHD HAFFIZ BIN HAJI AHMAD

 

AGENDA MESYUARAT

 

1

PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT OSC

2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MESYUARAT OSC BIL 11/2022(1) PADA 08-11-2022

3

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4

PEMBENTANGAN PERMOHONAN PEMAJUAN KELULUSAN

5

PEMBENTANGAN DAN PERTIMBANGAN KERTAS DASAR

6

PEMBENTANGAN PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN

7

PEMBENTANGAN KERTAS PEMAKLUMAN

8

PEMBENTANGAN STATUS DAN ISU PEMANTAUAN TAPAK

9

HAL-HAL LAIN BERKAITAN PERMOHONAN I

10

HAL-HAL LAIN BERKAITAN PERMOHONAN II

11

HAL-HAL LAIN

 

Kertas Pembentangan

A. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

 
PELAPORAN OSC_PERKARA BERBANGKIT
 
 

B. PEMBENTANGAN LAPORAN PELAN-PELAN PEMAJUAN

 
PELAPORAN OSC_PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
PELAPORAN OSC_LAPORAN PENERIMAAN PERMOHONAN
PELAPORAN OSC_FI PERMOHONAN
PELAPORAN OSC_PEMAKLUMAN PENERIMAAN CCC
 
 

C. PEMBENTANGAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

 

1. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT SEKSYEN 21, AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) BAGI CADANGAN PINDAAN SUSUNATUR PERUMAHAN DI ATAS PTD 217763 DAN PTD 217764 (HAKMILIK ASAL PTD 191909), ZON E, MEDINI ISKANDAR PUTERI, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA'ZIM UNTUK PULAU SIBU VENTURES SDN.BHD.
SLIDE KM_K1_PULAU SIBU VENTURES SDN.BHD
 
Oleh
RATNAWATI BINTI AMAN
 
 

 

2. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT SEKSYEN 21, AKTA PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT SEKSYEN 21, AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) BAGI PINDAAN SUSUNATUR PERUMAHAN DI ATAS PTD 167381- PTD 167423, PTD 167245- PTD 167440, PTD 167450- PTD 167457, PTD 167467- PTD 167474, PTD 203324 DAN PTD 203351, TAMAN SKUDAI INDAH 2, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.
UNTUK SCUDAI DEVELOPMENT SDN. BHD.
SLIDE KM_K2_SCUDAI DEVELOPMENT SDN.BHD
 
Oleh
RATNAWATI BINTI AMAN
 
 

D. PEMBENTANGAN PERMOHONAN PELAN LAMPU JALAN

 

3. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN PINDAAN KE ATAS PELAN LULUS LAMPU JALAN NO RUJ: MBIP(E4)OSC/4/1/2019 (M&E-PB)(ME/LJ)8/01-01-2019 BERTARIKH 18 FEB 2019 BAGI CADANGAN PEMBINAAN
I. 66 UNIT RUMAH TERES 2 TINGKAT (20’ X 65’) DI ATAS PTD 209692 - PTD 209746 DAN PTD 209752 - PTD 209762
II. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK (DUA RUANG) DI ATAS PTD209747
MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM UNTUK NUSA UTAMA SDN BHD
SLIDE M&E_K1_NUSA UTAMA SDN.BHD - 66 UNIT
 
Oleh
TEO YUAN HWA
 
 

 

4. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN PINDAAN KE ATAS PELAN LULUS LAMPU JALAN NO RUJ : MBIP(E4)OSC/48/10/2020 (M&E-PB)(ME/LJ)9/46-10/2020 BERTARIKH 29 NOV 2020 BAGI CADANGAN PEMBINAAN 15 UNIT KEDAI KOS SEDERHANA 1 TINGKAT (20’ X 60’) DI ATAS PTD 209811 – PTD 209825, TAMAN SELESA INDAH, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM UNTUK NUSA UTAMA SDN BHD
SLIDE M&E_K2_NUSA UTAMA SDN.BHD - 15 UNIT
 
Oleh
TEO YUAN HWA
 
 

E. PEMBENTANGAN PERMOHONAN PELAN BANGUNAN

 

5. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN PELAN BANGUNAN MENGIKUT SEKSYEN 70, AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) BAGI CADANGAN MEMBINA SEBUAH RUMAH BANGLO 3 TINGKAT DAN SATU ARAS BAWAH TANAH DI ATAS LOT 88171 (PTD 102167), JALAN SUSUR DELIMA 3, LEDANG HEIGHT, MUKIM PULAI, ISKANDAR PUTERI, JOHOR DARUL TAKZIM.
UNTUK CHEN JIA XIANG
SLIDE PB_K1_CHEN JIA XIANG
 
Oleh
ZAZARENA BINTI MOHAMAD
 
 

 

6. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN PELAN BANGUNAN MENGIKUT SEKSYEN 70, AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN YANG MENGANDUNGI:-

1) 106 UNIT KEDAI PEJABAT 3 TINGKAT 24’ X 75( PTD 223650 - PTD 223755 )
2) 3 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK JENIS DOUBLE CHAMBER ( PTD 215358 - PTD 215360)

TAMAN EKO BOTANI 2, ISKANDAR PUTERI, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM
UNTUK : MELIA SPRING SDN. BHD.
SLIDE PB_K2_MELIA SPRING SDN.BHD.
 
Oleh
TAN CHOON KIAT
 
 

 

7. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN PELAN BANGUNAN MENGIKUT SEKSYEN 70, AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 ( AKTA 133 )BAGI CADANGAN MEMBINA PERINDUSTRIAN 8 UNIT KILANG SESEBUAH 2 TINGKAT YANG MENGANDUNGI :

FASA 2
I) 6 UNIT KILANG SESEBUAH JENIS INDUSTRI RINGAN 2 TINGKAT JENIS C1 ( 121' X 169')
BESERTA KEBUK SAMPAH DI ATAS PTD 210201 – PTD 210203 & PTD 210205 – PTD 210207.
II) 2 UNIT KILANG SESEBUAH JENIS INDUSTRI SEDERHANA 2 TINGKAT JENIS D ( 169' X 218' )
BESERTA KEBUK SAMPAH DI ATAS PTD 210204 & PTD 210208.
III) 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK 'DOUBLE CHAMBER' (11KV) DI ATAS PTD 210212.
DI TAMAN INDUSTRI JAYA, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.

UNTUK : BILTMORE (M) SDN. BHD.
SLIDE PB_K3_BILTMORE (M) SDN.BHD.
 
Oleh
HO HUI ANN, MICHAEL
 
 

F. PEMBENTANGAN PERMOHONAN AM (LAIN_LAIN)

 

8. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN NAMA JALAN BAGI CADANGAN PERUMAHAN 77 UNIT RUMAH TERES SATU TINGKAT YANG MENGANDUNGI :
A.77 UNIT RUMAH TERES SATU TINGKAT (22' X 60') DI ATAS PTD 212848-212924
B.1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK (DOUBLE CHAMBER) 11KV DI ATAS PTD 166908
FASA 5B3, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM UNTUK KECK SENG (MALAYSIA) BERHAD.
SLIDE KM_K3_KECK SENG (MALAYSIA)BERHAD
 
Oleh
KANG CHOON LEU @ KANG CHEE SIM
 
 

 

9. KERTAS MESYUARAT

 
PERMOHONAN NOMBOR PINTU BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN
BERSTRATA 1 BLOK RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR 12 TINGKAT YANG
MENGANDUNGI:-
1) 1 BLOK RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR - JENIS D (RMB-D) 12 TINGKAT
(130 UNIT) BESERTA KEMUDAHAN DEWAN SERBAGUNA, SURAU,
TANDAS, PUSAT ASUHAN DAN PEJABAT PENGURUSAN.
2) 1 UNIT RUMAH SAMPAH BERSERTA RUANG PUSAT KITAR SEMULA
3) 1 UNIT PONDOK PENGAWAL
DI ATAS SEBAHAGIAN PTD 231845 & PTD 231846, TAMAN BUKIT SENADI,
ISKANDAR PUTERI, MUKIM PULAI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL
TA’ZIM.
UNTUK BANDAR NUSAJAYA DEVELOPMENT SDN. BHD
SLIDE KM_K4_BANDAR NUSAJAYA DEVELOPMENT SDN.BHD
 
Oleh
RATNAWATI BINTI AMAN
 
 

G. HAL-HAL LAIN

 

10. ULASAN LANJUT PEMATUHAN PEMAJU TERHADAP PERJANJIAN BERKENAAN PENYEDIAAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR / RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR (RMMJ/RMBJ) & PERMOHONAN MENARA PEMANCAR TELEKOMUNIKASI

 
11.0 HAL-HAL LAIN

11.1 ULASAN LANJUT PEMATUHAN PEMAJU TERHADAP PERJANJIAN BERKENAAN PENYEDIAAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR / RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR (RMMJ/RMBJ)


11.1.1 KRONOLOGI ISU OLEH PEMAJU YANG MASIH GAGAL MENYIAPKAN/ MENYEDIAKAN RMMJ

KRONOLOGI DARIPADA PEMBENTANGAN INI BERMULA APABILA, PEMANTAUAN PENYIAPAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) DI DALAM KAWASAN MBIP INI SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA JABATAN BANGUNAN, MBIP UNTUK MEMANTAU KESEDIAAN UNIT PERUMAHAN RMMJ YANG BERSTATUS TELAH SIAP, MASIH DALAM PEMBINAAN DAN BELUM DIBINA BERMULA DARI PERINGKAT PROSES PERAKUAN PELAN SEHINGGALAH PENERIMAAN BORANG B DAN PENDEPOSITAN ‘CERTIFICATE OF COMPLETION & COMPLIANCE’ (CCC). WALAU BAGAIMANAPUN, HASIL PEMANTAUAN JABATAN BANGUNAN MBIP, DARIPADA 39,095 UNIT YANG PERLU DIBINA, HANYA 9,458 UNIT RMMJ YANG TELAH SIAP DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MBIP. PERKARA INI SANGAT MENDUKACITAKAN KERANA BERMAKNA HANYA 24.2 PERATUS SAHAJA RMMJ YANG TELAH BERJAYA DISEDIAKAN DI DALAM MBIP. JABATAN BANGUNAN JUGA MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENANGGUHKAN PENDEPOSITAN CCC PEMAJU INI SUPAYA MEREKA MENGUTAMAKAN DAHULU RMMJ BERBANDING RUMAH PASARAN BEBAS YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN PEMAJU. MEMANDANGKAN KESEMUA PEMBANGUNAN OLEH PEMAJU TELAH PUN SIAP SEPENUHNYA DI DALAM KAWASAN MBIP, INI MENAMBAH MASALAH KEPADA PIHAK MAJLIS UNTUK MENGIKAT PEMAJU-PEMAJU TERSEBUT UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYIAPAN RMMJ INI SEBAGAIMANA KETETAPAN DASAR PERUMAHAN NEGERI JOHOR.

SEBAGAI RUJUKAN, JABATAN BANGUNAN, MBIP TELAH MENYENARAIKAN PEMAJU-PEMAJU YANG SEHARUSNYA MEMBERI KOMITMEN KEPADA PEMBANGUNAN RMMJ (RUJUK LAMPIRAN 11.1A). DARIPADA SENARAI PEMAJU TERSEBUT ADA PEMAJU YANG TELAH DIBERI NOTIS PERINGATAN DAN TERDAPAT EMPAT (4) PEMAJU YANG DICADANGKAN UNTUK DISENARAIHITAMKAN. ANTARA PEMAJU YANG DICADANGKAN UNTUK DISENARAIHITAMKAN ADALAH:

I) SCIENTEX QUATARI SDN BHD
II) AMBER LAND SDN BHD
III) KHOO SOON LEE REALTY SDN BHD
IV) BANDAR NUSAJAYA DEVELOPMENT SDN BHD

TINDAKAN SENARAI HITAM YANG DICADANGKAN OLEH JABATAN BANGUNAN MBIP ADALAH, DENGAN MENANGGUHKAN DAHULU ATAU TIDAK MEMPROSES PERMOHONAN BAHARU PIHAK PEMOHON TERUTAMA BAGI PERUMAHAN RUMAH PASARAN BEBAS. INI DIBUAT SEMASA PEMOHON AKAN MENGEMUKAKAN PELAN BAHARU DI UNIT PUSAT SEHENTI (OSC) MBIP. INI BERMAKNA PIHAK OSC TIDAK AKAN MENERIMA LENGKAP UNTUK EDARAN PERMOHONAN DARIPADA PEMAJU-PEMAJU TERSEBUT. PERKARA INI TELAH MENJADI PERTIKAIAN OLEH PIHAK PEMAJU KEPADA MBIP. INI JUGA MENJADI DILEMA KEPADA PIHAK URUSETIA OSC, MBIP KERANA BERLAKU PERCANGGAHAN KETETAPAN KERANA BERDASARKAN ARAHAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT, KPKT) TELAH MENGGARISKAN DASAR BAHAWA OSC TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENOLAK PERMOHONAN YANG DIBUAT OLEH PEMOHON DI KAUNTER OSC.

PERBINCANGAN DEMI PERBINCANGAN YANG TELAH BERLANGSUNG SEBELUM INI, SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA OSC JUGA TIDAK DAPAT MEMBERI KEPUTUSAN MUKTAMAD MENGENAI TINDAKAN YANG PERLU DIKUATKUASAKAN KEPADA PEMAJU-PEMAJU YANG CULAS UNTUK MENYEDIAKAN RMMJ YANG MENJADI AGENDA UTAMA KERAJAAN NEGERI UNTUK MENYEDIAKAN RUMAH YANG SEMPURNA KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.

OLEH ITU, JAWATANKUASA MESYUARAT TELAH MEMINTA PANDANGAN DARIPADA UNIT UNDANG-UNDANG MBIP UNTUK MEMBERIKAN PENCERAHAN DARI ASPEK PERUNDANGAN YANG BOLEH DIJADIKAN ASAS ATAU GARIS PANDUAN DAN DASAR MAJLIS DALAM MENANGANI ISU YANG MASIH BELUM DIMUKTAMADKAN.


11.2.2 PEMBENTANGAN OLEH PENGARAH UNIT UNDANG-UNDANG MBIP

PEMBENTANGAN OLEH PUAN NUR HUDA BINTI SANUSI, PENGARAH UNIT UNDANG-UNDANG MBIP, RENTETAN DARIPADA HALA TUJU DAN PERANCANGAN MBIP UNTUK MENYENARAIHITAMKAN EMPAT (4) PEMAJU YANG GAGAL UNTUK MENYEDIAKAN PERUMAHAN MAMPU MILIK JOHOR SEBAGAIMANA KETETAPAN DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) YANG DIWARTAKAN SEJAK TAHUN 2014.
(RUJUK LAMPIRAN SLAID 11.1B: SLAID PEMBENTANGAN)


11.1.3 PENEMUAN

PUAN NUR HUDA BINTI SANUSI, PENGARAH UNIT UNDANG-UNDANG MBIP, MEMAKLUMKAN
BAHAWA PIHAKNYA TELAH MEMPERHALUSI SETIAP FAIL DOKUMEN BAGI KEEMPAT-EMPAT PEMAJU INI BERDASARKAN FAIL YANG LEBIH LENGKAP YANG TERDAPAT DI JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN MBIP. PENEMUAN YANG DIPEROLEHI, SETIAP PERMOHONAN DARIPADA EMPAT PEMAJU TERSEBUT MEMPUNYAI ISU YANG BERBEZA DARI ASPEK DOKUMEN PERJANJIAN YANG TELAH DIPERSETUJUI/ DIMETERAI ANTARA 3 PIHAK IAITU
A) KERAJAAN NEGERI IAITU PEJABAT TANAH DAN GALIAN (PTG)/ SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (BAHAGIAN PERUMAHAN) IAITU KINI DIKENALI SEBAGAI PERBADANAN KEMAJUAN PERUMAHAN NEGERI JOHOR (PKPNJ);
B) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MAJLIS); DAN
C) TUAN PUNYA TANAH/ PEMAJU

RUMUSAN HASIL DARIPADA KAJIAN DAN TINJAUAN PIHAKNYA BAGI EMPAT (4) PEMAJU TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PENEMUAN
BIL PEMAJU ULASAN
1) SCIENTEX QUATARI SDN BHD MENGIKUT PERJANJIAN APABILA PENYIAPAN HARTANAH BUKAN MAMPU MILIK MENCAPAI 80% BAKI 50% PRJ SEPATUTNYA TELAH MULA DIBINA DI TAPAK. NAMUN 236 PKJ A MASIH BELUM DIKEMUKAKAN PELAN DAN BELUM DIMULAKAN DI TAPAK.

OLEH ITU TELAH BERLAKU PELANGGARAN PERJANJIAN TAMBAHAN (TRANSISI) YANG TELAH DITANDATANGANI OLEH PEMAJU DENGAN PBN DAN PBT BERTARIKH 25 JANUARI 2017.
2) AMBER LAND SDN BHD BAGI PEMAJUAN INI, PERATUSAN SIAP HARTANAH BUKAN MAMPU MILIK (PASARAN TERBUKA) ADALAH 20.5%, DAN MENGIKUT SYARAT PERJANJIAN APABILA PENYIAPAN PASARAN TERBUKA SIAP 20% MAKA 50% DARI PELAN KEBENARAN MERANCANG, PELAN BANGUNAN DAN PELAN INFRA PERLU DIKEMUKAKAN LENGKAP KEPADA PBT, NAMUN DALAM KES INI 56.6% IAITU 1094/1933 PRJ TELAH DILULUSKAN PELAN. OLEH ITU TIADA PELANGGARAN DARI PIHAK PEMAJU INI TERHADAP PERJANJIAN PRJ.

3) KHOO SOON LEE REALTY SDN BHD BERDASARKAN SURAT PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR ( PTG) DENGAN RUJUKAN (5) DLM PTJB02/03/03/0100/0028/2012 BERTARIKH 18 MAC 2013, JUMLAH RUMAH KOS RENDAH DAN KOS SEDERHANA RENDAH ADALAH SAMA SEBAGAIMANA JUMLAH DATA YANG TERSIMPAN DI JABATAN BANGUNAN MBIP.

TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SAMA ADA TERDAPAT PERJANJIAN KERANA SALINAN PERJANJIAN TIDAK DISIMPAN DI JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN UNIT UNDANG-UNDANG MBIP, WALAUPUN DINYATAKAN DI PERENGGAN 1.3 SURAT KELULUSAN PERMOHONAN SBKS BAHAWA PEMOHON HENDAKLAH MENANDATANGANI PERJANJIAN.

OLEH KERANA TIADA PERJANJIAN, DICADANGKAN BAGI KES INI DIRUJUK KEPADA PEJABAT TANAH DAN GALIAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN BERDASARKAN KANUN TANAH NEGARA 1965, OLEH KERANA DINYATAKAN DI PERENGGAN 1.5 SURAT PTG DI ATAS:

“PEMBINAAN RUMAH MURAH HENDAKLAH DIDAHULUKAN ATAU SERENTAK DENGAN PEMBANGUNAN LAIN.”
4) BANDAR NUSAJAYA DEVELOPMENT SDN BHD
BAGI PEMAJUAN INI, PERATUSAN SIAP HARTANAH BUKAN MAMPU MILIK (PASARAN TERBUKA) ADALAH 26.80%, DAN MENGIKUT SYARAT PERJANJIAN APABILA PENYIAPAN PASARAN TERBUKA SIAP 20% MAKA 50% DARI PELAN KEBENARAN MERANCANG, PELAN BANGUNAN DAN PELAN INFRA PERLU DIKEMUKAKAN LENGKAP KEPADA PBT, NAMUN DALAM KES INI 100% IAITU 293/293 PRJ TELAH DILULUSKAN PELAN. OLEH ITU TIADA PELANGGARAN DARI PIHAK PEMAJU INI TERHADAP PERJANJIAN PRJ.


11.1.4
PANDANGAN DAN CADANGAN UNIT UNDANG-UNDANG MBIP

BERDASARKAN PENEMUAN TERSEBUT, PADA PANDANGANNYA, PIHAK MAJLIS TIDAK BOLEH UNTUK MENAHAN PERMOHONAN OLEH PEMAJU-PEMAJU BERKENAAN YANG BOLEH MENJADI KESALAHAN DAN DITAKUTI BOLEH DI BAWA KE PERUNDANGAN YANG AKHIRNYA BOLEH MERUGIKAN PELBAGAI PIHAK.

NAMUN, MENURUTNYA TERDAPAT CARA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN BAGI PEMAJU-PEMAJU INI MELALUI SALURAN YANG BETUL BERDASARKAN PUNCA KUASA SEBAGAIMANA DALAM PERJANJIAN/ “AGREEMENT” YANG TELAH DITANDATANGANI.

11.1.5 KESIMPULAN

A. SCIENTEX QUATARI SDN BHD

TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL MENGIKUT PERJANJIAN ADALAH

KEMUNGKIRAN DAN PENAMATAN PERJANJIAN

KLAUSA 5.2

JIKA PIHAK TUANPUNYA TANAH :-

MENGINGKARI MANA-MANA SYARAT WAAD DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DITETAPKAN DALAM PERJANJIAN INI DAN GAGAL UNTUK MEMULIHKAN KEINGKARAN TERSEBUT (JIKA IANYA BOLEH DIPULIHKAN ) DALAM MASA TIGA PULUH (30) HARI DARIPADA NOTIS BERTULIS YANG DIKEMUKAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN YANG MENYATAKAN JENIS KEINGKARAN TERSEBUT KEPADA TUANPUNYA TANAH; ATAU
(B)..........;
(C)............

MAKA :-

I. SEKIRANYA TUANPUNYA TANAH GAGAL MELAKSANAKAN PEMAJUAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SEPERTI YANG DIGARISKAN DI DALAM PERJANJIAN INI DALAM MASA TIGA PULUH HARI (30) HARI SETELAH KEGAGALAN PELAKSANAAN TERSEBUT KERAJAAN ADALAH BERHAK MEMASUKKAN KAVEAT PENDAFTAR KE ATAS HAKMILIK-HAKMILIK BERKENAAN DAN TUANPUNYA TANAH HENDAKLAH MENYERAHKABALIK KESELURUHAN TANAH UNTUK MAMPU MILIK YANG BELUM DIJUAL DENGAN MENANDATANGANI BORANG 12A( BORANG UNTUK MENYERAHKAN BALIK TANAH MENGENAI KESEMUA TANAH ITU) SELARAS DENGAN PERUNTUKAN SEKSYEN 197 KANUN TANAH NEGARA 1965 ATAU BORANG 12B (PERMOHONAN UNTUK MENYERAHKAN BALIK TANAH MENGENAI SEBAHAGIAN DARIPADA TANAH ITU SAHAJA) SELARAS DENGAN PERUNTUKAN SEKSYEN 200 KANUN TANAH NEGARA 1965 DAN MENGEMUKAKANNYA BERSAMA DOKUMEN HAKMILIK BERKENAAN KEPADA PIHAK KERAJAAN UNTUK DIREZABKAN KEPADA PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR ATAU ENTITI LAIN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN DAN MEMBAYAR BAYARAN GANTIAN BAGI SETIAP UNIT PEMAJUAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG GAGAL DILAKSANAKAN DI BAWAH PERJANJIAN INI OLEH TUANPUNYA TANAH KEPADA TABUNG PERUMAHAN INFRASTUKTUR DAN SOSIAL; DAN

II. KERAJAAN DAN PBT ADALAH BERHAK UNTUK TIDAK MEMPROSES SEBARANG PERMOHONAN OLEH TUANPUNYA TANAH DAN/ ATAU PEMAJU BERKAITAN DENGAN SEBARANG PROJEK PERUMAHAN ATAU PEMAJUAN-PEMAJUAN LAIN.


OLEH ITU, PBT BOLEH UNTUK TIDAK MEMPROSES PERMOHONAN PELAN DENGAN SYARAT NOTIS BERTULIS 30 HARI HENDAKLAH DIKELUARKAN TERLEBIH DAHULU OLEH PIHAK KERAJAAN (KERAJAAN NEGERI JOHOR), SEBAGAIMANA DINYATAKAN PADA KLAUSA 5.2 (A) PERJANJIAN.


B. KHOO SOON LEE REALTY SDN BHD

PADA SYARAT KEBENARAN MERANCANG TIDAK DINYATAKAN TEMPOH BAGI PEMBINAAN YANG SEPATUTNYA DILAKSANAKAN OLEH PEMAJU.

SEKIRANYA SURAT PERJANJIAN TELAH DITANDATANGANI DI ANTARA PBN, PBT DAN PEMAJU DIMOHON SUPAYA SALINAN DAPAT DIKEMUKAKAN KE UNIT UNDANG-UNDANG UNTUK DIBERIKAN PANDANGAN CADANGAN PENGUATKUASAAN MENGIKUT PERJANJIAN.

BERDASARKAN LAPORAN DARI JABATAN BANGUNAN BERTARIKH 6 NOVEMBER 2022 :

BILANGAN PRJ YANG PERLU DIBINA ADALAH 470 UNIT

PERATUS CCC PASARAN TERBUKA 436/705 = 61.84%

PERATUS PELAN PRJ YANG TELAH DILULUSKAN PELAN 0/470= 0%

11.1.6 RESOLUSI/ KEPUTUSAN MESYUARAT

MESYUARAT BERSETUJU / MENERIMA MAKLUM BAHAWA :

OLEH ITU, BAGI PEMAJU YANG TELAH MELANGGAR PERJANJIAN SEBAGAIMANA DOKUMEN PERJANJIAN “AGREEMENT” YANG TELAH DIMETERAI

PBT BOLEH UNTUK TIDAK MEMPROSES PERMOHONAN PELAN DENGAN SYARAT NOTIS BERTULIS 30 HARI HENDAKLAH DIKELUARKAN TERLEBIH DAHULU OLEH PIHAK KERAJAAN. (KERAJAAN NEGERI JOHOR), SEBAGAIMANA DINYATAKAN PADA KLAUSA 5.2 (A) PERJANJIAN.

DALAM HAL INI, SURAT KUATKUASA AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK KERAJAAN NEGERI IAITU PEJABAT TANAH DAN GALIAN DAN DALAM TEMPOH 30 HARI TERLEBIH DAHULU SEBELUM PIHAK MAJLIS MEMBUAT PENGUATKUASAAN SELANJUTNYA.

(TINDAKAN : PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI JOHOR (PTG) MELALUI
PEJABAT TANAH DAERAH JOHOR BAHRU DAN PEJABAT TANAH DAERAH KULAI,
JABATAN BANGUNAN, MBIP DAN
MAKLUMAN KEPADA SEMUA JABATAN TEKNIKAL YANG TERLIBAT)


11.2 PERMOHONAN MENARA PEMANCAR TELEKOMUNIKASI

EN. LIM SOON HAI, AHLI MAJLIS BERTANYAKAN MENGENAI PERMOHONAN MENARA TELEKOMUNIKASI/ MENARA PEMANCAR DI DALAM KAWASAN MBIP DI OSC. MENURUTNYA, SEPANJANG BELIAU HADIR PADA MESYUARAT JAWATANKUASA OSC INI, TIDAK DIMAKLUMKAN ATAU DIBENTANGKAN DI DALAM MESYUARAT MENGENAINYA. INI BERIKUTAN TERDAPAT ISU ADUAN YANG DIHADAPINYA DAN PERLU DIJAWAB BAGI MEMUASKAN HATI PENDUDUK DI KAWASAN ZONNYA. BELIAU MEMANDANG SERIUS KERANA BERDASARKAN PENGAMATANNYA, PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI INI YANG TERLALU SINGKAT DAN ADA KALANYA MENARA TELEKOMUNIKASI TERSEBUT DILIHAT TELAH WUJUD SECARA TIBA-TIBA. INI TELAH MENJADI KEGUSARAN KEPADA PENDUDUK YANG BIMBANG MENGENAI STRUKTUR TERSEBUT.

TS. CIK HARYANTI BINTI ABDOL RAHMAN, PENGARAH, JABATAN BANGUNAN, MBIP MEMBERI MAKLUM BALAS BAHAWA, DI NEGERI JOHOR DAN DI MBIP AMNYA, PERMOHONAN TERSEBUT ADA DIKEMUKAKAN OLEH PEMOHON IAITU DARIPADA HANYA DUA (2) ENTITI SAHAJA YANG AKAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN MENARA TELEKOMUNIKASI INI SEBAGAIMANA PERJANJIAN YANG TELAH TERMAKTUB TERDAHULU SEJAK 2008. MENURUTNYA LAGI, PADA MASA INI, PERMOHONAN MENARA TELEKOMUNIKASI INI MASIH MELALUI JABATAN BANGUNAN MBIP YANG MEMPROSES SECARA PENTADBIRAN DALAM KATEGORI SEBAGAI PERMIT SEMENTARA. WALAU BAGAIMANAPUN, SEDIKIT MASA LAGI, PERMOHONAN TERSEBUT AKAN DIPROSES DI OSC MBIP, SEBAGAIMANA PEKELILING DAN STANDARD OF PROCEDURE (SOP) YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT, KPKT).

JABATANNYA MASIH MEMPERHALUSI PEKELILING & SOP DARIPADA JKT, KPKT TERSEBUT UNTUK DISELARASKAN DI PERINGKAT KERAJAAN NEGERI DARI ASPEK FI PROSES DAN HAKMILIK SETERUSNYA DIGUNAPAKAI DI PERINGKAT MAJLIS. PIHAKNYA JUGA TELAH MENYEDIAKAN SENARAI SEMAK MENGENAI MENARA TELEKOMUNIKASI TERSEBUT DAN DALAM PROSES UNTUK DIPERSETUJUI UNTUK DITERIMA PAKAI. WALAU BAGAMANAPUN, TERLEBIH DAHULU PERKARA INI AKAN DIANGKAT DI MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN PERKARA AM SETERUSNYA DISAHKAN DI DALAM MESYUARAT PENUH AKAN DATANG SEBELUM DIKUATKUASAKAN UNTUK DIGUNAPSKSI DI MBIP.
PELAPORAN OSC_HAL-HAL LAIN
 
Oleh
UNIT PUSAT SEHENTI