Loading...

PEMAKLUMAN KEMUKAKAN SURAT IRINGAN / DOKUMEN / PELAN YANG TELAH DIPINDA / TUNAI SYARAT KEPADA JABATAN MEMPERAKU DAN SALINKAN SURAT IRINGAN YANG TELAH DI SAHKAN TERIMA OLEH JABATAN MEMPERAKU KEPADA UNIT PUSAT SEHENTI (OSC)

Dikemaskini pada 26-04-2022 7:34 AM

Dimaklumkan, sebagaimana pemakluman dalam Mesyuarat Pra-Jawatankuasa Pusat Sehenti Bil.4/2022(2) pada 17hb April 2022, yang telah di persetujui dilaksanakan serta merta berdasarkan Manual OSC 3.0 Plus (mukasurat 61) sebagaimana berikut:

 

“PSP/SP hendaklah : Kemukakan surat iringan / dokumen / pelan yang telah dipinda / tunai syarat kepada Jabatan Memperaku dan salinkan surat iringan yang telah di sahkan terima oleh Jabatan Memperaku kepada Unit Pusat Sehenti (OSC) serta bagi permohonan Pelan Bangunan, PSP/SP hendaklah mengemukakan semula dokumen/pelan yang telah dipinda selepas mematuhi Arahan Bertulis Kepada PBT (Jabatan Memperaku)”

 

Oleh yang demikian, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada Pemaju/Perunding/Pemohon (Principle Submitting Person / Submitting Person) untuk mengikut arahan tersebut bagi melancarkan proses permohonan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.