Loading...

PEMAKAIAN DUA (2) KAEDAH BAHARU DALAM PERMOHONAN PEMAJUAN DI DAERAH SETIU

Dikemaskini pada 06-01-2025 12:54 PM

Dimaklumkan bahawa BERMULA 1 JUN 2021, Majlis Daerah Setiu akan melaksanakan dua (2) kaedah terbaharu yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada 17 Disember 2020, iaitu:

  • Kaedah-Kadah Kelayakan Orang Yang Boleh Menyedia atau Mengemuka Pelan serta Dokumen untuk Kebenaran Merancang (Terengganu) (Pindaan) 2020 (perlu dibaca bersama dengan kaedah sama 2016); dan
  • Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan (Terengganu) 2020.

Kedua-dua kaedah ini telah dipersetujui untuk digunapakai di Daerah Setiu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 29 Mac 2021 dan diperakukan oleh Mesyuarat Majlis Daerah Setiu pada  27 April 2021. Sehubungan itu, semua permohonan hendaklah MEMASTIKAN PEMATUHAN KEPADA KEDUA-DUA KAEDAH DI ATAS dalam membuat permohonan kepada pihak Majlis Daerah Setiu.