Majlis Perbandaran Dungun kini sedang menambahbaik format pelan Kebenaran Merancang yang diserahkan di kaunter OSC, Majlis Perbandaran Dungun melalui Garis Panduan Format Pelan Kebenaran Merancang di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Dungun. Garis Panduan ini adalah bagi memastikan pelan yang diserahkan adalah seragam, menjamin integriti dan ketulinan pelan yang diluluskan selain keperluan SOP jabatan yang lebih sistematik.
Garis panduan ini telah dibentangkan dan mendapat kelulusan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 15/2019 bertarikh 1 Ogos 2019. Sehubungan itu, setiap pelan yang diserahkan kepada OSC perlulah mematuhi setiap keperluan seperti yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Format Pelan Kebenaran Merancang bermula 1 Ogos 2019. Keperluan-keperluan dalam aspek garis panduan umum, garis panduan khusus, perincian format dan pematuhan terhadap garis panduan boleh dimuat turun di sini.
Keingkaran dalam mematuhi setiap keperluan garis panduan ini boleh mengakibatkan permohonan yang diserahkan ditolak.